Photobucket

Wednesday 29 June 2011

wahai wanita solehah...

wanita solehah ibarat mawar berduri.Dari jauh
kelihatan cantik & lembut,namun bila didekati
lelaki ajnabi,durinya jadi perisai untuk memelihara diri.
wahai muslimah,jgn kau tumpulkan duri2mu
hanya kerana ingin didekati insan bernama lelaki,
kerana rojul soleh hanya akan memilih mawar-mawar
yang tajam berduri-

-Jadilah khazanah kerahsiaan seperti mawar yang
memagari dirinya dengan duri,harum mewangi,tapi
tak mudah disentuh,apalagi untuk dimiliki.
Jadilah bunga yang benar2 hebat agar mampu
menjadi mawar berduri untuk terus mekar dijambangan
dakwah,dan menjadi sayap kiri para mujahid
fisabilillah-



-wahai wanita solehah,jgn risau akan jodohmu kerna
muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita
hanya pada kecantikan/lirikan senyuman,pada
bicara manja yang menggoda atau pada pujuk
rayu seorg wanita yang meruntuhkan imannya.Telah
tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana
ketinggian peribadimu,jika kau tetap diatas jalan
yang diredhai,insya ALLAH si dia turut dijalan yang sama.-


-sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kepada wanita.
andai belum sampai jodohmu,anggaplah bahawa lelaki
yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah
kepimpinannya bg memimpin dirimu,kerana pada wanita
itu pasti ada kekurangannya & lelaki yang benar2 layak
pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.
Lupakanlah segala kegundahan,teguhkan diri pada cinta
hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki.-


Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

ya ALLAH,bantulah aku memperbaiki agamaku kerana agama adalah
tempat bergantung hidupku,perbaikilah duniaku kerana di atas dunia
inilah tempat aku hidup,dan perbaikilah akhiratku kerana ia adalah
tempat kesudahanku.

No comments:

Post a Comment